Pada suatu malam bertepatan malam Jumaat Salih Al Mazi pergi ke Masjid
jamik untuk mengerjakan solat subuh. Kebiasaannya ia berangkat Awal
sebelum masuk waktu subuh dan melalui sebuah pekuburan.
Di situ Salih duduk sekejap sambil membaca apa-apa yang boleh
mendatangkan pahala bagi ahli kubur memandangkan waktu subuh masih lama
lagi.
Tiba-tiba dia tertidur dan bermimpi melihat ahli-ahli kubur keluar
beramai-ramai dari kubur masing-masing. Mereka duduk dalam
kumpulan-kumpulan sambil berbual-bual sesama mereka. Al Mazy ternampak
seorang pemuda ahli kubur memakai baju kotor serta tidak berkumpul
dengan ahli-ahli kubur yang lain. Dia duduk seorang diri di tepi
kuburnya dengan wajah murung, gelisah kerana sedih. Tidak berapa lama
kemudian datang malaikat membawa beberapa talam yang ditutup dengan
saputangan. Seolah-olah erti cahaya yang gemerlapan. Malaikat mendatangi
para ahli kubur dengan membawa talam-talam itu,
tiap seorang mengambil satu talam dan dibawanya masuk ke dalam kuburnya.
Semua ahli kubur mendapat satu talam seorang hingga tinggallah si pemuda
yang kelihatan sedih itu seorang diri tidak mendapat apa-apa. Dengan
perasaan yang sedih dan duka dia bangun dan masuk
semula ke dalam kuburnya. Tapi sebelum dia masuk Al Mazy yang bermimpi
segera menahannya untuk bertanyakan keadaannya. "Wahai hamba Allah ! Aku
lihat engkau terlalu sedih mengapa?" tanya Salih
Al Mazy. "Wahai Salih, adakah engkau lihat talam-talam yang dibawa masuk
oleh malaikat sebentar tadi?" tanya pemuda itu. "Ya aku melihatnya. Tapi
apa benda di dalam talam-talam itu?" tanya Al Mazy
lagi. Si pemuda menerangkan bahwa talam-talam itu berisi hadiah
orang-orang yang masih hidup untuk orang-orang yang sudah mati yang
terdiri dari pahala sedekah, bacaan ayat-ayat suci Al Quran dan doa.
Hadiah-hadiah itu selalunya datang setiap malam Jumaat atau pada hari
Jumaat. Si pemuda kemudian menerangkan tentang dirinya dengan panjang
lebar. Katanya dia ada seorang ibu yang masih hidup di alam dunia bahkan
telah berkahwin dengan suami baru. Akibatnya dia lupa untuk bersedekah
untuk anaknya yang sudah meninggal dunia sehingga tidak ada lagi orang
yang mengingati si pemuda. Maka sedihlah si pemuda setiap malam dan hari
jumaat apabila melihat orang-orang lain
menerima hadiah sedangkan dia seorang tidak menerimanya. Al-Mazy sangat
kasihan mendengarkan cerita si pemuda. lalu ia bertanya nama dan alamat
ibunya agar ia dapat menyampaikan berita keadaan anaknya.
Si pemuda menerangkan sifat2 ibunya. Kemudian Al Maizy terjaga. Pada
sebelah paginya Al Maizy terus pergi mencari alamat ibu pemuda tersebut.
Setelah mencari kesana kemari beliaupun berjumpa ibu
si pemuda tersebut lantas menceritakan perihal mimpinya. Ibunya menangis
mendengar keterangan Al maizy mengenai nasib anaknya yang merana di alam
barzah. Kemudian ia berkata :"Wahai Salih !
Memang betul dia adalah anakku. Dialah belahan hatiku, dia keluar dari
dalam perutku. Dia membesar dengan minum susu dari dadaku dan ribaanku
inilah tempat dia berbaring dan tidur ketika kecilnya." Al
Maizy turut sedih melihat keadaan ibu yang meratap dan menangis penuh
penyesalan kerna tidak ingat untuk mendoakan anaknya selama ini. "Kalau
begitu saya mohon minta diri dahulu."
kata Al maizy lalu bangun meninggalkan wanita tersebut. Tatkala dia cuba
untuk melangkah si ibu menahannya agar jangan pulang dahulu.Dia masuk
kedalam biliknya lalu keluar dengan membawa wang sebanyak seribu dirham.
"Wahai Salih, ambil wang ini dan sedekahkanlah untuk
anakku, cahaya mataku. Insya Allah aku tidak akan melupakannya untuk
berdoa dan bersedekah untukya selama aku masih hidup." Salih Al Maizy
mengambil wang itu disedekahkannya kepada
fakir miskin sehingga tidak sesen pun dari seribu dirham itu yang
tinggal. Dilakukannya semua itu sebagai memenuhi amanah yang diberi
kepadanya oleh ibu pemuda tersebut. Pada suatu malam Jumaat di
belakang selepas itu, Al Maizy Berangkat ke masjid jamik untuk solat
jamaah. Dalam perjalanan sebagaimana Biasa ia singgah di perkuburan. Di
situlah ia terlena sekejap dan bermimpi melihat ahli-ahli kubur keluar
dari kubur masing2. Si pemuda yang dulunya kelihatan sedih seorang diri
kini keluar bersama-sama dengan memakai pakaian putih yang cantik serta
mukanya kelihatan sangat gembira. Pemuda tersebut mendekati Salih Al
Maizy se raya berkata : "Wahai tuan Salih, aku ucapkan terima kasih
kepadamu. Semoga Allah membalas
kebaikanmu itu. " "Hadiah dari ibuku telah ku terima pada hari jumaat."
katanya lagi. "Eh, Engkau boleh mengetahui hari Jumaat ?" tanya Al
Maizy. "Ya, Tahu." "Apa tandanya?"
"Jika burung-burung di udara berkicau dan berkata "Selamat pada hari
yang baik ini, yakni hari Jumaat." Salih Al Maizy terjaga dari
tidurnya.Ia cuba mengingati mimpinya dan merasa gumbira kerana si
pemuda telah mendapat rahmat dari Allah disebabkan sedekah dan doa dari
ibunya. (Petikan kisah Wali-Wali Allah (2) terbitan syarikat Nurulhas).
"Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun" (Sabda Rasulullah SAW)Nescaya
Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu
dosa-dosamu.Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-nya, maka
sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar." (Surah
Al-Ahzab:71)" Tekan Like, ok ;)
0 comments:
Post a Comment