Pages

Tabung

Recent News

Create your own banner at mybannermaker.com!

Sunday, December 5, 2010

Melihat Keperibadian Wanita Dari Cara Berjalan

www.tips-fb.com
1. Bila berjalan, dari belakang kelihatan seperti tidak memijak tanah.
Golongan wanita yang jalannya berjenket, konon wanita ini adalah
wanita yang tidak jujur, bila berbohong, mulutnya laser dan
menyinggung perasaan orang lain. Wanita yang berjalan seperti ini juga
terkenal dengan sikap egonya. Lebih parah, wanita ini biasanya
pemboros atau suka membazir wang tanpa berfikir sebelum berbelanja.
Walhal, wangnya itu masih banyak kegunaannya yang lebih berfaedah.
Tapi jangan berkecil hati, kerana wanita seperti ini biasanya menjadi
pujaan lelaki.

2. Bila berjalan, sering menoleh ke kanan dan kiri. Wanita seperti ini
biasanya pandai menyimpan rahsia. Walaupun ramai yang menganggap
wanita seperti ini tidak jujur, suka menipu teman sendiri, dan
merugikan temannya, namun, banyak lelaki yang berusaha untuk menakluki
hatinya. Konon wanita seperti ini senang diatur atau dibawa
berbincang.

3. Bila berjalan suka menunduk. Cara berjalan melambangkan wanita
seperti ini memiliki sifat yang tertutup. Ia hanya akan berbicara
dengan orang-orang yang dekat dengannya dan dapat dipercaya untuk
menyimpan rahsianya. Wanita seperti ini biasanya sukar untuk ditakluk
hatinya. Disamping sikapnya yang dingin, wanita seperti ini tidak
peduli dengan kehidupan cinta. Namun, jika ada lelaki yang berhasil
menawan hatinya, dijamin akan mendapat kebahagiaan. Sebab, wanita
jenis ini sangat setia, dan dia tidak akan mengkhianati lelaki yang
dicintainya.

4. Bila berjalan menatap lurus ke depan. Wanita seperti ini biasanya
memiliki pendirian yang teguh. Jangan sekali-sekali menentang apa yang
pernah dikatakannya, jika anda tidak mahu mendengar dia bicara panjang
lebar. Walau pendiriannya teguh, tapi selalu berselisih pendapat.
Jangan hairan jika wanita seperti ini hanya mahu bercakap dengan orang
yang berpengetahuan luas.

5. Bila berjalan badan nampak tegak. Wanita ini tegas menentukan
sikapnya sendiri. Dia tidak mahu urusan peribadinya dicampuri orang
lain. Gaya bicaranya serius, menunjukkan dia memiliki pendirian teguh.
Yang menarik dari wanita ini, ia bertanggung jawab terhadap apa yang
pernah dilakukannya. Dia menyenangi lelaki yang berdikari tanpa
meninggalkan sifat-sifat romantisnya.

6. Bila berjalan sambil tersengeh-sengeh macam kerang busuk, senyum
sendiri tanpa sebarang alasan yang jelas. Ini wanita gila, agak kurang
waras jangan didekati. Jangan sesekali mencari pasal dengan wanita
yang sebegini.


7. Bila berjalan, dari belakang kelihatan seperti tidak memijak tanah.
Mungkin dia spesis Maya Karin dalam (pontianak harum sundal
malam)….lariiiiii……kahkahkahkahkah!

8. Kalau ada wanita yang berjalan melompat-lompat, jangan tunggu lagi,
bacalah apa yang patut. Mungkin spesis ini memerlukan bantuan anda
untuk menlonggarkan kain yang dipakainya.
Tekan Like, ok ;)

Saturday, September 25, 2010

AKU, LIM DAN ISLAM....Cerita dari E-mail sebagai tauladan

www.tips-fb.com
Aku punya seorang rakan baik dari zaman kanak-kanak. Lim Wei Choon.
Sana-sama bersekolah rendah hingga ke peringkat menengah . Selepas SPM. Aku
masuk ke Tingkatan 6, manakala Lim dihantar keluarganya melanjutkan
pelajaran ke Amerika Syarikat. Kenangan sewaktu kanak-kanak hingga ke zaman
remaja terlalu banyak yang dikongsi bersama. Setiap kali hariraya
menjelang, Lim pasti berkunjung ke rumah ku untuk menikmati dodol arwah
ayahku yang amat digemarinya.

kadangkala, jika ada kenduri kendara dirumahku, pasti Lim akan turut serta.
Aku jarang ke rumahnya kecuali umtuk beberapa sambutan seperti harijadi dan
juga Tahun Baru Cina. Aku takut dengan anjing peliharaan keluarga Lim.
Dengan Lim juga aku belajar matematik manakala subjek Bahasa Malaysia
sering menjadi rujukannya padaku.

Kenangan-kenangan seperti memancing, mandi jeram, ponteng sekolah untuk
melihat pertandingan 'breakdance', semuanya kami kongsi bersama-sama. Apa
yang ingin kunyatakan ialah, warna kulit dan perbezaan ugama tidak pernah
menjadi penghalang persahabatan kami.

20 tahun telah berlalu, Lim telah menetap di Amerika setelah berjaya
mendapat Green Card, beliau bekerja disana. Itu yang kuketahui dari
kakaknya. Hubungan ku dengan Lim terputus setelah dia melanjutkan
pelajaran. maklumlah, dizaman kami dulu tiada internet, email atau telefon
bimbit
, yang ada cuma sesekali menghantar poskad bertanya khabar. Untuk
menulis surat kepada lelaki amat malas kami rasakan.

Suatu pagi. Aku bertembung dengan kakak Lim di pasar , kakaknya memberitahu
Lim akan pulang ke tanahair. Dan aku amat terkejut dengan berita yang
kudengar dari kakaknya. " He's name is no more Lim Wei Choon. He's now
Ahmad Zulfakar Lim since 5 years ago. ..Subhanallah! Syukur Alhamdulillah,
rakan baikku telah menemui hidayah dari Allah S.W.T. Memang aku tak sabar
untuk berjumpa dengannya lebih-lebih lagi setelah menjadi saudara seagama
denganku.

Hari yang kutunggu-tunggu telah tiba, dan petang itu aku berkesempatan
bertemu dengan Lim dirumahnya. Ada satu keraian istimewa sempena menyambut
kepulangannya. Ketika aku tiba, tetamu sudah semakin berkurangan.

....Itulah kalimat pertama dari mulutnya, wajahnya sudah jauh berubah, air
mukanya amat redup dan tenang. Aku menjawab salam dan berpelukan dengannya
dan kami menangis umpama kekasih yang sudah terlalu lama terpisah.

'Ini dia olang memang sudah manyak lama kawan, dari kecik ini dua olang"
Ibu Lim menjelaskan pada beberapa orang tetamu yang melihat peristiwa kami
berpelukan dan menangis itu. Tetapi aku bukan menangis kerana apa, tetapi
kerana amat sebak dan terharu dan sangat bersyukur melihat keislaman
rakanku.

Lim mengajak aku duduk dibuaian dihalaman rumahnya untuk berbual-bual.
beliau masih fasih berbahasa melayu walau sudah lama berada diperantauan.

Talha, kau kawan baik aku kan? betul tak?...

Memanglah..Kenapa kau tanya macam tu?

kalau kau kawan baik aku, Kenapa kau biarkan aku diseksa?

Sorry Lim. Aku tak faham..diseksa? What do you mean?

Cuba kau fikir, kita ni kawan dari kecil. Aku ingat lagi, rumah kau tu, is
my second house. Tapi, mengapalah kau tak pernah ceritakan pada aku tentang
Islam? Mengapa aku kena pergi ke US baru aku dapat belajar tentang Islam?
Mengapa bukan di Malaysia, negara Islam ni? Dan mengapa aku di Islam kan
oleh seorang bekas paderi kristian?

Aku terdiam, kelu tak mampu menjawab. Dan Lim terus berkata-kata.

Kalau betullah kau kawan baik aku, Kenapa kau cuma nak baik dengan aku di
dunia saja? kau suka tengok kawan baik kau ni diseksa didalam api neraka?

Kau tahu, kalaulah aku ni tak sempat masuk islam hingga aku mati. Aku akan
dakwa semua orang melayu Islam dalam kampung kita ni sebab tak sampaikan
dakwah dan risalah Islam pada aku, keluarga aku dan non muslim yang lain.

Kau sedar tak, kau dah diberikan nikmat besar oleh Allah denagn melahirkan
kau didalam keluarga Islam. tapi, nikmat itu bukan untuk kau nikmati
seorang diri, atau untuk keluarga kau sendiri, kau dilahirkan dalam Islam
adalah kerana ditugaskan untuk sampaikan Islam pada orang-orang yang
dilahirkan dalam keluarga bukan Islam macam aku.

Aku masih tunduk dan terkata apa-apa kerana sangat malu.

Berdakwah adalah tugas muslim yang paling utama, sebagai pewaris Nabi,
penyambung Risalah. Tetapi apa yang aku lihat, orang melayu ni tiadak ada
roh jihad, tak ada keinginan untuk berdakwah, macamana Allah nak tolong
bangsa melayu kalau bangsa tu sendiri tak tolong ugama Allah?

Aku bukan nak banggakan diri aku, cuma aku kesal..sepatutnya nikmat ini kau
kena gunakan dengan betul dan tepat, kerana selagi kau belum pernah
berdakwah, jangan kau fikir kau sudah bersyukur pada Allah. Dan satu lagi,
jangan dengan mudah kau cop orang-orang bukan Islam itu sebagai kafir
kerana kafir itu bererti ingkar. Kalau kau dah sampaikan seruan dengan
betul, kemudian mereka ingkar dan berpaling, barulah kau boleh panggil
kafir.

Aku menjadi amat malu, kerana segala apa yang dikatakan oleh Lim adalah
benar! dan aku tak pernah pun terfikir selama ini. Aku hanya sibuk untuk
memperbaiki amalan diri sehingga lupa pada tugasku yang sebenar. Baru aku
faham, andainya tugas berdakwah ini telak dilaksanakan, Allah akan
memberikan lagi pertolongan, bantuan dan kekuatan serta mempermudahkan
segala urusan dunia dan akhirat sesorang itu.

Petang itu aku pulang dengan satu semangat baru. Aku ingin berdakwah! Lim
yang baru memeluk Islam selama 5 tahun itu pun telah mengislamkan lebih 20
orang termasuk adiknya. Mengapa aku yang hampir 40 tahun Islam ini
(benarkah aku islam tulen) tidak pernah hatta walau seorang pun orang bukan
Islam yang pernah kusampaikan dengan serious tentang kebenaran Islam?

Semoga Allah mengampuni diriku yang tidak faham apa itu erti nikmat
dilahirkan sebagai Islam.

Tekan Like, ok ;)

Saturday, August 7, 2010

Demi Keselamatan diri & keluarga.

www.tips-fb.com
Tips menghalang kecurian seperti yang diberi oleh Polis DiRaja Malaysia.

1. Jangan biarkan anak-anak tidur di ruang tamu seorang diri (Mereka
mungkin menggunakan anak sebagai tebusan).

2. Kunci atau sorokkan semua pisau-pisau yang terdapat di dapur sebelum
tidur (Kesemua kes kecurian di dapati pisau hilang dan menurut polis
mereka akan mencari pisau dahulu sebelum mencuri bertujuan untuk
melindungi diri mereka).

3. Sekiranya terdengar/terlihat paip air di luar rumah terbuka pada
tengah malam (pukul 12 ke atas), jangan keluar rumah untuk menutup paip
tersebut kerana ini adalah taktik terbaru mereka di mana mereka telah menunggu
diluar pintu rumah untuk masuk (Kes terbaru berlaku di Dungun dan PJ).

4. Beritahu anak-anak sekiranya hendak ke tandas (jika tandas jauh) di
waktu tengah malam, kejutkan ibubapa untuk bersama mereka.

5. Jangan simpan barang-barang kemas di dalam almari baju (Cara
lama...).

6. Bawa alarm kereta bersama semasa tidur, in case terjaga tengah malam,
cuba on and offkan balik untuk menakutkan pencuri (Menandakan kita
sentiasa alert).

7. Tekan button merah alarm kereta anda jika anda suspect pencuri sudah
masuk ke dalam rumah.

8. Sekiranya terlihat orang-orang yang agak aneh dan asing di kawasan
rumah anda, sila dapatkan plet no motor/kereta mereka (Selalunya naik
motor dan mereka ni biasanya berdua, setiap kali kita lalu depan mereka,
mereka akan menundukkan kepala).

9. Pesan kepada jiran, sekiranya ada sesiapa yang datang ke rumah kita
danmengaku saudara kita bertujuan untuk mengambil barang-barang, jangan
benarkan, beri nombor telefor pejabat anda kepada jiran supaya mereka
boleh double check dengan kita.

10. Semasa tidur, pastikan handphone anda berada di sisi atau pastikan
juga Cordless Phone anda berada di sisi anda ataupun sambungkan satu
extension dalam kamar tidur anda. Ini memudahkan anda membuat panggilan
kecemasan sekiranya anda terasa kehadiran pencuri di dalam rumah anda.

11. Adakan senarai nombor telefon kecemasan seperti polis, bomba , 991
atau sebagainya. Pastikan nombor-nombor ini disimpan dalam handphone anda.
Kalau boleh, hafalkan nombor tersebut. Ini memudahkan anda membuat
panggilan telefon.

12. Kalau berkemampuan, pasangkan alat pengesan kecurian di rumah atau
automatik alarm.

13. Lampu porch & lampu belakang rumah sepatutnya terpasang secara
automatik bila malam, baik semasa kita ada di rumah atau pergi vacation.

14. Kalau cuti lama, pesan jiran kutip surat2 dlm mail box. Mail box yg
penuh membantu pencuri menghidu ketiadaan tuan rumah.

15. Kalau kawasan anda kerap berlaku kecurian, buat permohonan rasmi
dari Balai Polis berdekatan supaya ada anggota polis buat rondaan yang kerap
di kawasan anda.

16. Kereta Proton adalah paling mudah dicuri. Kalau kereta anda brand
new, sekurang-kurangnya anda perlu lock gear & stering sebelum tidur
(Sebenarnya masih boleh dicuri, tetapi akan berjaya melambatkan
pencuri).

17. Kalau ada anak-anak perempuan, sebaik-baiknya pintu biliknya dikunci
dari dalam (Sebab ada pencuri yg mengambil kesempatan seksual) dan anda
perlu ada kunci pendua in case berlaku kebakaran.

18. Sekurang-kurangnya simpan kayu hoki atau baseball di bawah katil
anda buat mempertahankan diri dari pencuri yang ganas.

19. Jangan letak kunci bawah pasu bunga/mail box/alang pintu/tepi
tingkap bila keluar (Pencuri dah lama tau taktik ni...). Lebih selamat beri pada
jiran yang kita kenal rapat.

20. Kalau sewa rumah baru pastikan anda tukar padlock baru, mana tau
bekas-bekas penyewa lama simpan kunci pendua.

21. Kurangkan pendedahan dan pergaulan anda dengan pakerja asing Tekan Like, ok ;)

Hadiah Malam Jumaat (Pengalaman Salih Al Mazi)

www.tips-fb.com
Pada suatu malam bertepatan malam Jumaat Salih Al Mazi pergi ke Masjid
jamik untuk mengerjakan solat subuh. Kebiasaannya ia berangkat Awal
sebelum masuk waktu subuh dan melalui sebuah pekuburan.

Di situ Salih duduk sekejap sambil membaca apa-apa yang boleh
mendatangkan pahala bagi ahli kubur memandangkan waktu subuh masih lama
lagi.

Tiba-tiba dia tertidur dan bermimpi melihat ahli-ahli kubur keluar
beramai-ramai dari kubur masing-masing. Mereka duduk dalam
kumpulan-kumpulan sambil berbual-bual sesama mereka. Al Mazy ternampak
seorang pemuda ahli kubur memakai baju kotor serta tidak berkumpul
dengan ahli-ahli kubur yang lain. Dia duduk seorang diri di tepi
kuburnya dengan wajah murung, gelisah kerana sedih. Tidak berapa lama
kemudian datang malaikat membawa beberapa talam yang ditutup dengan
saputangan. Seolah-olah erti cahaya yang gemerlapan. Malaikat mendatangi
para ahli kubur dengan membawa talam-talam itu,
tiap seorang mengambil satu talam dan dibawanya masuk ke dalam kuburnya.

Semua ahli kubur mendapat satu talam seorang hingga tinggallah si pemuda
yang kelihatan sedih itu seorang diri tidak mendapat apa-apa. Dengan
perasaan yang sedih dan duka dia bangun dan masuk
semula ke dalam kuburnya. Tapi sebelum dia masuk Al Mazy yang bermimpi
segera menahannya untuk bertanyakan keadaannya. "Wahai hamba Allah ! Aku
lihat engkau terlalu sedih mengapa?" tanya Salih
Al Mazy. "Wahai Salih, adakah engkau lihat talam-talam yang dibawa masuk
oleh malaikat sebentar tadi?" tanya pemuda itu. "Ya aku melihatnya. Tapi
apa benda di dalam talam-talam itu?" tanya Al Mazy
lagi. Si pemuda menerangkan bahwa talam-talam itu berisi hadiah
orang-orang yang masih hidup untuk orang-orang yang sudah mati yang
terdiri dari pahala sedekah, bacaan ayat-ayat suci Al Quran dan doa.
Hadiah-hadiah itu selalunya datang setiap malam Jumaat atau pada hari
Jumaat. Si pemuda kemudian menerangkan tentang dirinya dengan panjang
lebar. Katanya dia ada seorang ibu yang masih hidup di alam dunia bahkan
telah berkahwin dengan suami baru. Akibatnya dia lupa untuk bersedekah
untuk anaknya yang sudah meninggal dunia sehingga tidak ada lagi orang
yang mengingati si pemuda. Maka sedihlah si pemuda setiap malam dan hari
jumaat apabila melihat orang-orang lain
menerima hadiah sedangkan dia seorang tidak menerimanya. Al-Mazy sangat
kasihan mendengarkan cerita si pemuda. lalu ia bertanya nama dan alamat
ibunya agar ia dapat menyampaikan berita keadaan anaknya.

Si pemuda menerangkan sifat2 ibunya. Kemudian Al Maizy terjaga. Pada
sebelah paginya Al Maizy terus pergi mencari alamat ibu pemuda tersebut.
Setelah mencari kesana kemari beliaupun berjumpa ibu
si pemuda tersebut lantas menceritakan perihal mimpinya. Ibunya menangis
mendengar keterangan Al maizy mengenai nasib anaknya yang merana di alam
barzah. Kemudian ia berkata :"Wahai Salih !
Memang betul dia adalah anakku. Dialah belahan hatiku, dia keluar dari
dalam perutku. Dia membesar dengan minum susu dari dadaku dan ribaanku
inilah tempat dia berbaring dan tidur ketika kecilnya." Al
Maizy turut sedih melihat keadaan ibu yang meratap dan menangis penuh
penyesalan kerna tidak ingat untuk mendoakan anaknya selama ini. "Kalau
begitu saya mohon minta diri dahulu."
kata Al maizy lalu bangun meninggalkan wanita tersebut. Tatkala dia cuba
untuk melangkah si ibu menahannya agar jangan pulang dahulu.Dia masuk
kedalam biliknya lalu keluar dengan membawa wang sebanyak seribu dirham.
"Wahai Salih, ambil wang ini dan sedekahkanlah untuk
anakku, cahaya mataku. Insya Allah aku tidak akan melupakannya untuk
berdoa dan bersedekah untukya selama aku masih hidup." Salih Al Maizy
mengambil wang itu disedekahkannya kepada
fakir miskin sehingga tidak sesen pun dari seribu dirham itu yang
tinggal. Dilakukannya semua itu sebagai memenuhi amanah yang diberi
kepadanya oleh ibu pemuda tersebut. Pada suatu malam Jumaat di
belakang selepas itu, Al Maizy Berangkat ke masjid jamik untuk solat
jamaah. Dalam perjalanan sebagaimana Biasa ia singgah di perkuburan. Di
situlah ia terlena sekejap dan bermimpi melihat ahli-ahli kubur keluar
dari kubur masing2. Si pemuda yang dulunya kelihatan sedih seorang diri
kini keluar bersama-sama dengan memakai pakaian putih yang cantik serta
mukanya kelihatan sangat gembira. Pemuda tersebut mendekati Salih Al
Maizy se raya berkata : "Wahai tuan Salih, aku ucapkan terima kasih
kepadamu. Semoga Allah membalas
kebaikanmu itu. " "Hadiah dari ibuku telah ku terima pada hari jumaat."
katanya lagi. "Eh, Engkau boleh mengetahui hari Jumaat ?" tanya Al
Maizy. "Ya, Tahu." "Apa tandanya?"

"Jika burung-burung di udara berkicau dan berkata "Selamat pada hari
yang baik ini, yakni hari Jumaat." Salih Al Maizy terjaga dari
tidurnya.Ia cuba mengingati mimpinya dan merasa gumbira kerana si
pemuda telah mendapat rahmat dari Allah disebabkan sedekah dan doa dari
ibunya. (Petikan kisah Wali-Wali Allah (2) terbitan syarikat Nurulhas).

"Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun" (Sabda Rasulullah SAW)Nescaya
Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu
dosa-dosamu.Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-nya, maka
sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar." (Surah
Al-Ahzab:71)" Tekan Like, ok ;)

Mandi malam dan peparu berair (Kisah benar di copy dan paste dari e-mail )

www.tips-fb.com
Untuk pengetahuan, kisah ini telah di copy dan di paste kan di sini dari e-mail yg diterima sekitar tahun 2007...bukan pengalaman tuan punya blog! Cuma utk berkongsi cerita ini.....

Berikut adalah penjelasan bagi kes mandi malam.
Pada tahun 1983, saya mula gemar bermain badminton dan budaya ini berterusan sehingga tahun 1998. Selalunya saya main pada waktu malam dan sekembalinya saya akan mandi sebelum tidur. Selalunya saya bermain badminton 2 kali seminggu atau lebih. Saya perhatikan bahawa tapak tangan saya semakin basah semenjak saya bermain badminton. Pada penghujung 1980an arwah guru saya mula mengajarkan ilmu bahawa elakkan mandi malam bagi mengelakkan penyakit paru-paru berair.
Saya macam percaya dengan tidak kata-kata guru saya ini kerana maklumlah saya lulusan universiti sedangkan guru saya tidak masuk universiti. Saya tidak menolak atau menerima saranan beliau namun saya menjalankan proses sains iaitu membuat proses pemerhatian untuk mendapatkan keputusan.


Bila ada kesempatan ke hospital sewaktu menziarahi rakan atau saudara, saya meluangkan masa berjumpa dengan pesakit yang kena penyakit paru-paru berair. Saya perhatikan pesakit ini ditebuk lubang pada dadanya untuk memasukkan saluran getah kira-kira diameter 5mm. Salur getah ini disambungkan dihujungnya kepada satu beg plastic transparens. Di dalam beg plastik transparens ini terkandung cecair pekat mirip air jus tembikai. Saya mula bertanya kepada pesakit ini tentang penyakitnya serta sejarah hidupnya. Pesakit ini memberitahu saya bahawa beliau kena penyakit paru-paru berair. Setelah berbagai soalan saya ajukan, akhirnya saya dapat satu soalan cepu mas iaitu ada main badminton ke??
Pesakit ini memberitahu saya bahawa ia bermain badminton semenjak belasan tahun hingga usia sekarang iaitu lebih 50 tahun. Ia bermain waktu malam dan selepas bermain beliau akan mandi. Dari proses sains secara membuat pemerhatian ini saya sudah boleh membuat kesimpulan iaitu mandi malam boleh menyebabkan paru-paru berair.

Dari satu pemerhatian ini, kajian saya masih belum mantap kerana terdapat pelbagai variable lain yang saya lupa masukkan dalam kajian ini. Dengan itu, saya meneruskan kajian ini kepada ramai orang lain dan hasilnya menakjubkan. Sememangnya korelasi mandi malam dengan masalah paru-paru adalah tersangat kuat. Dengan ini kesimpulan asal saya adalah tepat dan benar iaitu mandi malam menyebabkan masalah paru-paru seperti paru-paru berair.
Pada kira-kira 3 bulan lepas, seorang rakan sekerja saya yang bakal pencen pada Februari ini telah dimasukkan ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) kerana masalah paru-paru. Saya bersama beberapa rakan dan Ketua Jabatan datang melawat pesakit ini di HSA. Apabila sampai dan bertemu pesakit ini, kami terus mengajukan apakah sebenarnya penyakit yang dialami rakan sekerja saya ini. Setelah beliau memberitahu beliau menghadapi masalah paru-paru berair, saya terus mengajukan soalan "Sipolan, engkau selalu mandi malam ke? ". Belum sempat pesakit ini menjawab, isterinya segera mencelah "Dia memang selalu mandi malam. Orang dah pesan jangan mandi malam tetapi dia degil terus mandi malam. Kadang-kadang kalau musim panas, dia ni mandi malam dua kali untuk menyejukkan badannya ". Sahabat saya diam tersipu-sipu lalu berkata "badan dah panas, nak buat apa!". Begitulah kata-kata orang yang degil. kesan minum air batu
Mari kita kupas satu demi satu dan mulakan dengan kesan minum air batu ke atas paru-paru. Mari kita buat eksperimen pertama. Ambil sebiji gelas, masukkan beberapa ketul ais dan tambahkan sedikit air. Biarkan di atas meja untuk tempuh beberapa minit. Perhatikan apa yang terjadi di permukaan luar gelas ini. Dari eksperimen ini, kita akan perhatikan titisan air di permukaan luar gelas ini. Kesimpulan dari eksperimen mudah in ialah, suhu sejuk dari bahagian dalam gelas boleh menyebabkan proses kondensasi wap air di udara berlaku di mana wap air ini akan bertukar bentuk dari wap kepada air. Dalam anatomi manusia, saluran esofagus adalah saluran yang membawa makanan dan minuman dari mulut ke perut. Di sekeliling saluran esophagus ini terdapat binaan paru-paru. Unit terkecil bagi paru-paru ialah alveolus. Alveolus adalah binaan mirip sebiji belon. Udara di dalam alveolus ini sangat lembab (high humidity). Apabila seseorang minum air batu seperti jus apel atau jus oren, saluran esofagus menjadi sejuk dan alveolus yang terletak berhampiran esofagus ini juga menjadi sejuk. Keadaan ini akan menyebabkan proses kondensasi wap air berlaku di dalam banyak alveolus menjadi cecair air. Air ini akan terkumpul di dalam alveolus. Apabila proses minum air batu ini berterusan untuk sekian tahun, proses ini juga akan berterusan dan akibatnya ialah semakin banyak air terkumpul di alveolus dan air ini akan mula melimpah ke kawasan alveolus lain. Air yang terkumpul di alveolus (paru-paru) ini akan mengakibatkan alveolus tidak dapat menjalankan fungsinya iaitu menjalankan pertukaran gas oksigen dan karbon dioksida. Lebih banyak air terkumpul akan mengurangkan bahagian paru-paru untuk menjalankan fungsi asas paru-paru iaitu pertukaran gas oksigen dan karbon dioksida. Itulah sebabnya orang yang gemar dan kerap minum air batu akan cepat mengah bila berbuat aktiviti lasak kerana pertukaran udara di paru-paru tidak mencukupi.
Daripada situasi ini, badan bertindak balas menghasilkan satu tindak balas iaitu tapak tangan lembap dan basah.

Kajian saintifik ini telah dimantapkan dengan mencari data ujian kes sebenar ke atas sampel-sampel orang yang memang suka minum air batu. Beratus sampel dikaji dan salah seorang pelajar saya akhirnya memilih tajuk yang berkaitan bagi Projek Tahun Akhir beliau. Saya banyak membantu beliau dan pelajar ini juga sebenarnya banyak membantu saya. Salah satu sampel yang menarik dalam kajian saya ini ialah satu hamba Allah saya namakan Mr Y. Mr Y berusia 48 tahun. Seorang ketua jabatan yang tabiaatnya ialah gemar air batu. Biliknya sentiasa berhawa dingin namun yang peliknya ialah tingkap bilik Mr Y sentiasa terbuka agar biliknya tidak sejuk (panas). Mr Y juga gemar berbaju dua lapis atau memakai blazer walaupun cuca agak panas bagi saya. Namun yang paling menggelikan hati saya ialah beliau tidak boleh tidur bersama isteri, alasannya ialah bila tidur dengan isteri, siisteri hendak buka kipas syiling tetapi Mr Y tidak membenarkan kerana sejuk. Bagi mengelakkan pergaduhan, isteri tidur dengan anak-anak dengan membuka kipas sementara Mr Y tidur bersendirian tanpa buka kipas. Bagi makluman pembaca sekelian, Mr Y sudah kena simptom "kalah sejuk" iaitu antara pelbagai kesan dari masalah paru-parunya.
Dengan ini dirumuskan bahawa:-
MANDI MALAM DAN MINUM AIR BATU merosakkan paru-paru.
Tekan Like, ok ;)

Baca ini...AMALAN MINUM AIR PANAS & SERANGAN JANTUNG !!

www.tips-fb.com
Bukan sahaja amalan meminum air panas selepas makan, tetapi berhubung
 SERANGAN JANTUNG!!!!. Secara logik..., mungkin ada kebenarannya..Orang-orang China dan Jepun mengamalkan minum teh panas sewaktu makan... dan bukannya air berAIS. Mungkin sudah tiba masanya kita meniru amalan minum air panas sewaktu menikmati hidangan!!!!

Kita tidak akan kehilangan apa-apa... malahakan mendapat faedah dari amalan ini.Kepada sesiapa yang suka minum AIS, artikel ini sesuai untuk anda baca. Sememangnya sedap minum air berAIS selepas makan.

Walaubagaimanapun, AIS akan membekukan makanan berminyak yang baru kita makan.  Ia akan memperlahankan penghadaman kita. Bila lemak-lemak ini terbentuk di dalam usus, ia akan menyempitkan banyak saluran dan lama kelamaan ia akan  menyebabkan lemak berkumpul dan kita semakin gemuk dan  menuju  ke arah mendapat pelbagai PENYAKIT.Jalan terbaik...adalah untuk minum sup panas atau air PANAS/suam selepas makan.

*:Nota penting tentang SERANGAN JANTUNG!!! *
Anda patut tahu bahawa bukan semua tanda-tanda serangan jantung akan mulaterasa pada tangan sebelah kiri. Berhati-hati juga pada permulaan sakit sedikit-sedikit pada bahagian atasdada anda. Anda mungkin tidak akan mengalami sakit dada pada serangan pertama  serangan jantung. Keletihan dan berpeluh adalah tanda-tanda biasa.
Malah 60% penghidap SAKIT JANTUNG tidak bangun selepas tidur. Marilah kita berwaspada dan berhati-hati.Lebih banyak kita tahu, lebih cerah peluang kita untuk terus hidup...PAKAR SAKIT JANTUNG berkata, jika semua orang yang mendapat mendapat cerita ini dan memberitahu kepada 10 orang yang lain, beliau yakin akan dapat menyelamatkan satu nyawa. Baca ini.... ia juga mungkin dapat menyelamatkan nyawa anda!!!!. Tekan Like, ok ;)

Khasiat Kentut...Betul ke?

www.tips-fb.com
WASHINGTON :  Ia mungkin melucukan dan dianggap tidak
masuk akal tetapi  pegawai kesihatan persekutuan
Amerika Syarikat (AS)  dijangka segera mengeluarkan
laporan yang memberi  amaran kepada umum mengenai
faedah kentut.

"Kentut, jika kerap dihidu boleh menyembuhkan perbagai penyakit
berbahaya seperti
sakit kepala, gangguan pada mata,  emfisema, lelah, bronkitis
sakit jantung dan lain  lain

"Setiap tahun, kira-kira 130,000 rakyat AS telah pulih  daripada
perbagai penyakit
disebabkan menghidu kentut dan ramai lagi  berasa lega daripada
penyakit
serius kerana terlalu lama  terdedah kepada keadaan
itu," kata seorang doktor yang bertugas  dengan Pusat
Kawalan Penyakit (CDC) AS.

Katanya, orang ramai mesti menyedari menghidu kentut sebenarnya
menambah khasiat untuk kesihatan orang lain.

Menurut laporan yang akan dikeluarkan CDC, setiap
tahun kentut mempulihkan 800 kes serangan jantung,

250  kes angin ahmar,30,000 lelah dan 50,000 kes  sakit
telinga. Disebabkan masalah makanan tidak  teratur,
kini ramai rakyat Amerika menghidap kembung  perut.

Menurut laporan itu, purata penduduk AS  kentut 14 hingga 23
kali sehari.


Moral of the story :  Kentutlah merata-rata tempat
Ingatlah orang-orang yang tersayang!! &  BILA RASA NAK KENTUT STANBY !
PANGGIL RAMAI-RAMAI DEKAT!!! PAS TU LEPASKAN LER!!!! PASTI MEREKA AKAN
BERTERIMAKASIH PADA ANDA!!!! KALU MUJARAB KENAKAN SERVICE CAJ RM5 SEKALI
LEPAS!!! BAYANGKAN 23 KALI KENTUT SEHARI... HASILNYE RM115.!! KALU 30
HARI RM3450.00. TUPUN UNTUK SEORANG PESAKIT!!  TAK YAH KERJE BEB!! JADIK
PENGELUAR KENTUT YANG PRODUKTIF DAN USAHAWAN KENTUT BERJAYA!!! Tekan Like, ok ;)

Tuesday, July 27, 2010

SELAMAT DATANG RAMADHAN AL MUBARAK

www.tips-fb.com
1) Ramadhan: ertinya panas terik
2) Bulan di turunkan Al Quran dan disebut (syahru ramadhana)
3) Berlakunya perang Badar Kubra dan mendapat kemenangan.
4) Bulan dimana nabi mengambil balik Mekah dari tangan Musyrikin dan berakhirnya penyembahan berhala.
5) Di dalamnya dipilih ada malam al-qadar yakni lebih baik drpd 1000 bulan.
6) Di pilih untuk ibadat puasa.
7) Di pilih untuk ibadat2 lain (tadarus Al Quran)

Kelebihan Bulan Ramadhan

1) Kamu akan di naungi Ramadhan. (bagi yg telah meninggal dunia terlepas dari siksa kubur)
2) Bulan penuh keberkatan
3) Di malamnya ada lebih baik drpd 1000 bulan
4) Amal sunat sama dengan solat fardhu
5) Manakala solat fardhu mendpt 70 kali ganda
6) Bulan sabar dan pahalanya adalah syurga
7) Bulan menambah rezeki
8) Memberi buka banyak pahala
9) Bulan keampunan
* doa yang paling makbul iaitu doa sebelum berbuka puasa.
* juga doa pada sepertiga malam.
10) 10 hari pertama adalah mulanya rahmat, 10 hari pertengahan - pengampunan, 10 hari terakhir - kemerdekaan api neraka.

Amalan-amalan di bulan Ramadhan

1) Mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan
2) Menempah pakaian untuk Ramadhan
3) Niat puasa sebulan pd permulaan Ramadhan
4) Hendak tidur bacalah 4 ayat terakhir Surah Al Kahfi supaya dapat bangun malam
5) Berazam melakukan Terawih 20 rakaat (bukan 8 rakaat)
6) Bertadarus secara bersemak (bukan sendirian)
7) Solat berjemaah setiap waktu
8) Solat jemaah di masjid/surau
9) Amalkan Qiyamulail walaupun pendek
10) Sahur diwaktu akhir
11) Sahur - utk mengelakkan makanan tidak hadam elakkan makanan pedas dan tutup sahur dengan air susu
12) Mandi Janabat sebelum Imsak
13) Kurangkan tidur
14) Tunaikan Solat sunat fajar (Solat Sunat Subuh)
15) Tunaikan Solat Dhuha
16) Tidur waktu cuti (satu jam sebelum Zohor)
17) Tunaikan solat Rawatib
18) Jaga pacaindera
19) Elakkan gosok gigi pd waktu petang
20) hadiri majlis ilmu
21) Buat baik pd ibubapa
22) Isteri hendaklah taat pd suami
23) Banyakkan bersedekah
24) Berbuka dgn 3 biji kurma dan air yg belum dipanaskan oleh api
25) Berbuka bersama org tua
26) Jemput tetamu berbuka
27) Kurangkan berat badan
28) Banyakkan i'tikaf di masjid (lelaki sahaja)
29) Baiki hubungan suami isteri
30) Baiki hubungan jiran
31) Isteri jauhi drpd keluar memakai mekap & perhiasan
32) Elakkan berbelanja berlebihan
33) Kuatkan kesabaran
34) Banyakkan selawat,istighfar, bertasbih
35) Berazam beramal (pada malam Lailatul Qadar)
36) Mengejut anak dan isteri di mlm Lailatul Qadar
37) Elakkan menonton TV yg mengandungi nafsu
38) Elakkan mendengar radio berunsur hiburan
39) Berdoa dgn nada lembut dan merayu
40) Jauhkan bercumbu dgn suami/isteri
41) Mendoakan ibu bapa samaada hidup atau yg meninggal dunia
42) Melazimkan solat waktu
43) Elakkan sebelum berbuka bersiar2 yg menjadikan pandangan liar
44) Elakkan banyak berhutang
45) Melepaskan perasaan sedih melepaskan Ramadhan ditakuti tidak bertemu lagi dengan Ramadhan akan datang
46) Tunaikan zakat fitrah

Cara Beramal Di Malam Lailatul Qadar (Malam 21-30)

1) Kepada Orang Tua Lemah Cara beramal solat Maghrib, Isyak dan Tarawih berjemaah di masjid/surau, ini sudah dikira beramal Al Qadar
2) Orang yg tidak sanggup solat malam yang panjang
* Baca ayat akhir surah Al Baqarah
* Baca ayat Kursi
* Baca surah Yaasin
* Baca surah Al Zalazah
* Baca surah Al Qafirun
* Baca surah Al Ikhlas

3) Bagi orang yamg kuat dan cergas
* Bangunkan isteri dan anak
* Mandi
* Solat malam - Tahajjud, Taubat, Tasbih, Hajat, Istikharah, dan baca Al Quran

NUZUL Al QURAN ( 17 Ramadhan )

* Tarikh turunnya Al Quran
* Beramallah di malamnya dengan solat malam dan amal2 yg baik

Cara Sambut Hari Raya

Jangan sekali2 disambut dgn hiburan, mercun, pesta lampu dan berbagai kemungkaran dan kemaksiatan
Pada petang akhir Ramadhan org2 yg meninggal(sudah mati) menangis kerana peluang untukberehat telah berakhir.
Adalah di cadangkan semoga keluarga menziarahi kubur pada petang akhir Ramadhan atau jika kuburnya
jauh, hendaklah dibaca doa Tahlil selepas solat Asar. Semoga mereka diampuni.
Ibnu Abbas r.a pernah mengatakan bahawa roh orang yg meninggal dunia dibenarkan pulang ke rumah anak2nya
dan berdiri di pintu rumah memohon belas kasihan drpd anak2 mengirimkan bacaan doa,  sekurang2nya Al Fatihah
sekali utk mereka. Oleh itu janganlah terlalu gembira dan ingatlah org2 tua yg sudah meninggal, semoga nanti sampai giliran kita
maka anak2 akan ingat kpd kita.
Takbir Di Malam Raya
Takbir sebenarnya mempunyai cerita di sebaliknya. Mengikut riwayat, bermula dari peperangan Ahzab.
Peperangan berlaku di dalam musim sejuk, kemudian Salman Al Farisi mencadangkan supaya di gali parit (Khandak) di
akhirnya peperangan ini di beri pertolongan oleh Allah dan kemudian dirakamkan di dalam Takbir.
Kesimpulannya  
Bulan Ramadhan datang setahun sekali dan ia sebaik2 bulan, penuh
keberkatan, pengajaran, mendidik mempunyai ketahanan dan penuh dgn amalan-amalan
untuk mendekatkan diri kpd Allah dan hubungan sesama manusia. Oleh itu bersiap
sedialah dari awal supaya ia benar2 mengubah sikap yg baik dan seterusnya
menjadi insan yg soleh/solehah. Semoga dipertemukan di Ramadhan yang akan datang.
*Doa utk menghilangkan baran, maklumlah waktu lapar memang lekas naik angin....
Rujuk kepada Surah Al-Anbiyakk ayat ke 69. Sebelum minum baca doa dan
tiupkan pada air (utk diri sendiri,anak, suami dll). Insyaallah cuba amalkan.




SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK

Tekan Like, ok ;)

Anda mungkin tidak mempercayainya.....

www.tips-fb.com
Anda mungkin tidak mempercayainya, tapi merupakan nasihat yang badibaca!
    Anda mungkin mempelajari sesuatu jika membacanya!! !

PERTAMA.

    Bersedekahlah kepada orang lain, lebih daripada yang mereka perlukan
dan lakukanlah dengan penuh kerelaan.

 KEDUA.

    Kahwinilah lelaki / wanita yang gemar anda berbicara dengannya, kerana
kemahiran berbicara antara satu dengan lain akan menjadi lebih penting
apabila usia semakin tua.

 KETIGA.

    Usahlah mempercayai segala perkara yang anda dengari. Berbelanjalah
sekadar apa yang ada atau tidurlah seberapa lama yang anda perlu sahaja.

KEEMPAT.

    Apabila kamu berkata, " Aku Cinta Padamu", maka tunaikanlah.

KELIMA.

    Apabila mengatakan, "Maaf", tenunglah matanya.

KEENAM.

    Bertunanglah sekurang-kurangnya enam bulan sebelum kamu diijabkabulkan.

KETUJUH.
    Percayailah cinta pandang pertama.

 KELAPAN.

    Usah tertawakan impian orang lain. Manusia tanpa impian tidak memiliki
apa-apa.

KESEMBILAN.

    Cintailah seseorang dengan sepenuh hati dan penuh kasih sayang.
Sungguhpun anda akan berasa seolah-olah diri anda tersiksa, tapi
percayalah itulah satu-satunya untuk melengkapkan kehidupan ini.

KESEPULUH.

    Jika berlaku perselisihan pendapat, bertengkarlah secara aman. Usahlah
menyebut nama sesiapa ketika bertengkar.

KESEBELAS.

    Usahlah menilai seseorang berdasarkan peribadi keluarga mereka.

KEDUABELAS.

    Berbicaralah dengan tenang dan berfikirlah dengan pantas.

KETIGABELAS.

    Apabila seseorang bertanyakan satu soalan yang tidak anda gemari,
lontarkanlah senyuman dan bertanyalah padanya,"Kenapa anda ingin
tahu?"

KEEMPATBELAS.

    Ingatlah bahawa setiap cinta dan pencapaian yang besar akan melibatkan
pengorbanan dan risiko yang besar.

KELIMABELAS.

    Ucaplah "Semoga anda diberkati" apabila mendengar seseorang bersin.

 KEENAMBELAS.

    Apabila anda kerugian, janganlah jadi kurang ajar.

 KETUJUHBELAS.

        Berpeganglah kepada tiga R:
    1.        Rasa hormat pada diri sendiri;
    2.        Rasa hormat kepada orang lain;
    3.        Rasa tanggungjawab terhadap semua tindakan anda

KELAPANBELAS.

    Usahlah benarkan pertikaian yang sebesar hama merosakkan sebuah
persahabatan yang besar (sudah lama terjalin).

 KESEMBILANBELAS.

    Apabila menyedari bahawa anda telah melakukan kesalahan, usahlah
berlengah untuk memperbetulkan kesalahan itu.

KEDUAPULUH.

    Tersenyumlah ketika menjawab talipon. Pemanggil akan melihatnya
daripada suara yang mereka dengar.

KEDUAPULUH SATU

    Adaketikanya anda perlu bersendirian. Tekan Like, ok ;)

Kisah Penjual Tempe

www.tips-fb.com
bagus kisah nih..bacalah. sesungguhnya tiada kuasa lain yang dapat
menandingi kekuasaan Allas swt..amin

Bacalah....moga menjadi iktibar.

Ada sebuah kampung di pedalaman Tanah Jawa. Disitu ada seorang
perempuan tua yang sangat kuat beribadat. Pekerjaannya ialah membuat tempe dan menjualnya di pasar setiap hari. Ia merupakan satu-satunya sumber
pendapatannya untuk menyara hidup. Tempe yang dijualnya merupakan
tempe yang dibuatn ya sendiri.

Pada suatu pagi, seperti biasa, ketika beliau sedang bersiap-siap
untuk pergi menjual tempenya, tib a tiba dia tersedar yang tempenya
yang diperbuat daripada kacang soya hari itu masih belum menjadi, separuh
jadi.Kebiasaannya tempe beliau telah masak sebelum bertolak. Diperiksanya beberapa bungkusan yang lain. Ternyatalah kesemuanya belum masak lagi.

Perempuan tua itu berasa amat sedih sebab tempe yang masih belum
menjadi pastinya tidak akan laku dan tiadalah rezekinya pada hari itu. Dalam
suasana hatinya yang sedih, dia yang memang kuat beribadah teringat
akan firman Allah yang menyatakan bahawa Allah dapat melakukan
perkara-perkara ajaib,bahawa bagiNya tiada yang mustahil. Lalu diapun
mengangkat kedua tangannya sambil berdoa , "Ya Allah , aku memohon
kepadaMu agar kacang soya ini menjadi tempe . Amin"

Begitulah doa ringkas yang dipanjatkan dengan sepenuh hatinya. Dia
sangat yakin bahawa Allah pasti mengabulkan doanya. Dengan tenang perempuan tua itu menekan-nekan bungkusan bakal tempe dengan hujung jarinya dan dia pun membuka sikit bungkusan itu untuk menyaksikan keajaiban kacang soya itu menjadi tempe . Namun, dia termenung seketika sebab kacang tu masih tetap kacang soya.

Namun dia tidak putus asa, sebaliknya berfikir mungkin doanya kurang
jelas didengar oleh Allah. Maka dia pun mengangkat kedua tangannya
semula dan berdoa lagi. "Ya Allah, aku tahu bahawa tiada yang mustahil
bagiMu. Bantu lah aku supaya hari ini aku dapat menjual tempe kerana inilah
mata pencarianku. Aku mohon agar jadikanlah kacang soyaku ini kepada
tempe , Amin".

Dengan penuh harapan dan debaran dia pun sekali lagi membuka sedikit
bungkusan tu. Apakah yang terjadi? Dia termangu dan hairan apabila
tempenya masih tetap begitu!! Semen tara itu hari pun semakin
meninggi sudah tentu pasar sudah mula didatangi ramai orang. Dia tetap tidak
kecewa atas doanya yang belum terkabul. Walaubagaimanapun kerana
keyakinannya yg sangat tinggi dia bercadang untuk tetap pergi ke
pasar membawa barang jualannya itu. Perempuan tua itu pun berserah pada
Tuhan dan meneruskan pemergian ke pasar sambil berdoa dengan harapan
apabila sampai di pasar kesemua tempenya akan masak.

Dia berfikir mungkin keajaiban Allah akan terjadi semasa
perjalanannya ke pasar. Sebelum keluar dari rumah, dia sempat mengangkat kedua  tangannya untuk berdoa. "Ya Allah, aku percaya, Engkau akan mengabulkan doaku. Sementara aku berjalan menuju ke pasar, Engkau kurniakanlah keajaiban ini buatku, jadikanlah tempe ini. Amin". Lalu dia pun berangkat Di sepanjang perjalanan dia tetap tidak lupa membaca doa di dalam hatinya. Sesampai sahaja di pasar, segera dia meletakkan barang-barangnya. Hatinya betul-betul yakin yang tempenya sekarang mesti sudah menjadi. Dengan hati yg berdebar-debar dia pun membuka bakulnya dan menekan-nekan dengan jarinya setiap bungkusan tempe yang ada.

Perlahan-lahan dia membuka sedikit daun pembungkusnya dan melihat
isinya. Apa yang terjadi? Tempenya masih belum menjadi!! Dia pun kaget
seketika lalu menarik nafas dalam-dalam. Dalam hatinya sudah mula merasa
sedikit kecewa dan putus asa kepada Allah kerana doanya tidak dikabulkan.
Dia berasakan Tuhan tidak adil. Tuhan tidak kasihan padanya, inilah
satu-satunya punca rezekinya, hasil jualan tempe . Dia akhirnya cuma
duduk sahaja tanpa mempamerkan barang jualannya sebab dia berasakan
bahawa tiada orang yang akan membeli tempe yang baru separuh menjadi.
Sementara itu hari pun semakin petang dan pasar sudah mulai sepi,
para pembeli sudah mula kurang.

Dia meninjau-ninjau kawan-kawan sesama penjual tempe , tempe mereka
sudah hampir habis. Dia tertunduk lesu seperti tidak sanggup menghadapi
kenyataan bahawa hari ini tiada hasil jualan yang boleh dibawa pulang. Namun jauh di sudut hatinya masih menaruh harapan terakhir kepada Allah, pasti Allah akan menolongnya. Walaupun dia tahu bahawa pada hari itu dia tidak akan dapat pendapatan langsung, namun dia tetap berdoa buat kali terakhir, "Ya Allah,berikanlah penyelesaian terbaik terhadap tempeku yang belum menjadi ini."

Tiba-tiba dia dikejutkan dengan teguran seorang wanita.

"Maaf ya, saya ingin bertanya, Makcik ada tak menjual tempe yang
belum menjadi? Dari tadi saya sudah pusing keliling pasar ini untuk
mencarinya tapi masih belum berjumpa lagi." Dia termenung dan terpinga-pinga
seketika. Hatinya terkejut sebab sejak berpuluh tahun menjual tempe ,
tidak pernah seorang pun pelanggannya mencari tempe yang belum
menjadi. Sebelum dia menjawab sapaan wanita di depannya itu, cepat-cepat dia berdoa di dalam hatinya"Ya Allah, saat ini aku tidak mahu tempe ini
menjadi lagi. Biarlah tempe ini seperti semula, Amin".

Sebelum dia menjawab pertanyaan wanita itu, dia membuka sedikit daun
penutup tempenya. Alangkah seronoknya dia, ternyata memang benar
tempenya masih belum menjadi! Dia pun ra sa gembira dalam hatinya dan
bersyukur pada Allah. Wanita itu pun memborong habis kesemua tempenya yang belum menjadi itu. Sebelum wanita tu pergi, dia sempat bertanya wanita itu, "Mengapa hendak membeli tempe yang belum jadi?" Wanita itu menerangkan bahawa anakn ya yang kini berada di England teringin makan tempe dari desa. Memandangkan tempe itu akan dikirimkan ke England ,si ibu tadi kenalah membeli tempe yang belum jadi lagi supaya apabila sampai di England nanti akan menjadi tempe yang sempurna. Kalau dikirimkan tempe yang sudah menj adi, nanti di sana tempe itu sudah tidak elok lagi dan rasanya pun kurang sedap. Perempuan tua itu pun kehairanan dan berfikir rupa-rupanya doanya sudah pun dimakbulkan oleh Tuhan...

Moral:

Pertama: Kita sering memaksakan kehendak kita kepada Tuhan sewaktu
berdoa, padahal sebenarnya Tuhan lebih mengetahui apa yang kita
perlukan dan apa yang terbaik untuk diri kita.

Kedua: Sentiasalah berdoa dalam menjalani kehidupan seharian kita
sebagai hambaNya yang lemah. Jangan sekali-kali berputus asa
terhadap apa yang dipinta. Percayalah bahawa Tuhan akan mengabulkan doa kita sesuai dengan rancanganNya yang mungkin di luar jangkaan kita.

Ketiga : Tiada yang mustahil bagi Tuhan

Keempat : Kita sering ingin Allah memenuhi hak kita sedang kita tidak
pernah mahu memenuhi hak Allah seperti menjaga SEMBAHYANG 5 WAKTU ,menyegerakan solat, berkata-kata perkara yang berfaedah dan berpesan ke arah kebaikan...( ",) ..
Tekan Like, ok ;)

Thursday, July 22, 2010

JADUAL HARIAN SEORANG MUSLIM DI BULAN RAMADHAN

www.tips-fb.com
4.00 pagi - Bangun

Berdoa kepad ALLAH dengan doa :

"Segala puji bagi ALLAH yang telah menghidupkan aku setelah DIA mematikan aku dan kepadaNYAlah aku akan dikembalikan."
Berniatlah untuk melaksanakan sebanyak-banyak kebaikan hari itu. Mandi dan membersihkan diri. Mengambil wudhu dan memakai pakaian yang suci untuk beribadah, berwangi-wangian.

4.20 pagi - Solat Sunat Taubat

Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat taubat 2 rakaat kerana ALLAH Taala.
Rakaat pertama selepas Al-Fatihah baca surah Al-Kafirun, rakaat kedua selepas Al-Fatihah baca surah Al-Ikhlas. Selepas sembahyang, angkatlah tangan memohon ampun kepada ALLAH. Menangislah menyesali dosa-dosa.

Solat Sunat Tahajjud

Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat tahajjud 2 rakaat kerana ALLAH Taala.
 Rakaat pertama selepas Al-Fatihah baca surah Al-Kafirun, rakaat kedua selepas Al-Fatihah baca surah Al-Ikhlas. Selepas sembahyang, angkatlah tangan berdoa kepada ALLAH.

Solat Sunat Hajat

Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat hajat 2 rakaat kerana ALLAH Taala.
 Selepas Al-Fatihah rakaat pertama baca ayatul Kursi 1 kali. Selepas Al-Fatihah rakaat kedua baca surah Al-Ikhlas 11 kali. Ketika sujud terakhir baca 11 kali dan sertakan di dalam hati segala hajat-hajat kita.

Solat Sunat Witir

Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat witir 2 rakaat kerana ALLAH Taala.
Selepas salam, bangun lagi dan sembahyang witir 1 rakaat. Perbanyakkan berdoa kepada ALLAH dengan penuh rasa kehambaan, rendah diri, meminta-minta, merintih-rintih, agar ALLAH ampunkan dosa-dosa kita, taubat kita, terima amalan kita, memperkenankan doa dan permintaan kita.

5.00 pagi - Makan Sahur

Makan lah buah kurma, selain makanan yg biasa kita makan....kemudian....
Menggosok gigi dan membersihkan sisa-sisa makanan di mulut.


5.30 pagi - Bersiap menunggu waktu Subuh dengan membaca Al-Quran atau berselawat.

Sembahyang sunat Subuh, sembahyang Subuh berjemaah. Selesaikan wirid harian di tikar sembahyang atau baca Al-Quran hingga terbit matahari.


7.00 pagi - Membuat persiapan ke tempat kerja.

Melangkah ke tempat kerja dengan membaca Bismillah dan doa kepada ALLAH agar semua aktiviti kita diberkatiNYA. Sentiasa berselawat kepada Rasulullah SAW sama ada menyebutnya atau di hati. Banyakkan istigfar/meminta ampun. Melaksanakan kerja dengan bersemangat dan penuh bertanggungjawab. Datangkan rasa bahawa ALLAH sentiasa memerhati kerja-kerja yang di lakukan dan yakinlah DIA akan membalas segala kebaikan yang kita buat.


10.00 pagi - Sembahyang Sunat Dhuha

Ia adalah sumber rezeki yg berkat kalau istiqamah diamalkan.

Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat dhuha 2 rakaat kerana ALLAH Taala.
 Penuhi masa rehat tengahari dengan menambah ilmu atau membaca Al-Quran. Elakkan sungguh-sungguh dari melakukan dosa walaupun kecil dan perkara yang sia-sia.

Contoh dosa-dosa : mengumpat mengutuk, menyindir yang menyakitkan orang, bergaul bebas tanpa menjaga syariat seperti berbual dengan bukan muhrim mengenai perkara yang tiada sangkut paut dgn kerja.


12.45 tgh - Bersiap untuk solat Zohor.

Menunggu waktu bersembahyang dengan berselawat. Solat Zohor berjemaah. Laksanakan juga solat sunat Rawatib Bersujud syukur setelah selesai sembahyang sunat dan wirid sebagai berterima kasih kepada ALLAH yg memberi kita nikmat besar dapat menyembahNYA.


4.15 ptg - Bersedia untuk solat Asar.

Solat Asar berjemaah. Laksanakan juga solat sunat Qabliyah. Bersujud syukurlah setelah selesai sembahyang sunat dan wirid sebagai berterima kasih kepada ALLAH yg memberi kita nikmat besar dapat menyembahNYA.


5.30 ptg - Membeli barang-barang keperluan berbuka dan sahur.

Tanpa berlebih-lebih. Ingatlah walaupun syaitan dirantai tetapi nafsu masih ada dlm diri kita !!!


6.30 ptg - Memperbanyakkan doa sebelum berbuka.

Kerana di waktu itu adalah masa yang mustajab doa. Ingatlah sabda Rasulullah SAW : "Ramai orang yang berpuasa, yang mereka dapat hanya lapar dan dahaga", merintihlah kepada ALLAH memohon agar amalan kita diterima.

Apabila masuk watu Magrib, Bacalah doa dan berbuka :

"Wahai Tuhan, kerana Engkaulah aku berpuasa, kepada Engkaulah aku beriman dan dengan rezki engkaulah aku berbuka".
Berbuka puasa dengan makanan manis seperti buah kurma dan meminum air, terus menunaikan solat maghrib berjemaah, setelah itu barulah makan makanan berat.


8.00 mlm - Solat Isya' berjemaah dan diteruskan dengan solat Terawih.

Cuba pertahankan solat terawih walau bagaimana keadaan sekalipun kerana fadhilatnya amat besar. Bacalah Al-Quran dengan penuh tawadhuk, seeloknya baca dengan bertadarus (berkumpulan bergilir-gilir, seorang baca, yang lain menyemaknya), cuba khatamkan membaca Al-Quran paling kurang satu kali sepanjang ramadhan. Kebanyakan imam-imam besar mengkhatamnya dua kali dalam sehari (60 kali sebulan Ramadhan).



11.00 mlm - Memperbanyakkan istigfar sebelum tidur.

Berniatlah utk puasa esok hari dgn berniat : Sahaja aku berpuasa hari esok untuk menunaikan puasa ramadhan yg wajib ke atasku , tahun ini kerana ALLAH Taala. ( JANGAN LUPA!!!)


Tidur awal agar dapat bangun utk beribadah. Bacalah doa sebelum tidur.

Tekan Like, ok ;)

Selamat Menjalani Ibadah Ramadan

www.tips-fb.com
Setelah setahun Ramadan berlalu...kini bulan yg di khaskan oleh Allah SWT kepada hamba Nya muncul kembali...harap pada tahun ini dapat aku menjalani ibadah ini dgn lebih sempurna...Amin!

PANDUAN IBADAT PUASA

PENDAHULUAN

Puasa ialah salah satu ibadat tertua dalam sejarah kehidupan manusia. Amalan ini telah dilakukan oleh umat-umat terdahulu sebelum Muhammad s.a.w. diutuskan menjadi rasul. Dalam ajaran Yahudi dan Nasrani, puasa adalah satu amalan yang wajib dilaksanakan. Orang-orang arab pada zaman jahiliah juga telah menetapkan hari-hari tertentu seperti hari Asyura dan lain-lain untuk mereka berpuasa. Begitulah juga dengan bangsa-bangsa lain di dunia ini mengamalkan puasa dengan cara dan tujuan yang tersendiri.

Dalam syariat Islam, puasa mempunyai tujuan dan hikmah yang sangat besar. Ia boleh meningkatkan taqwa orang-orang mukmin terhadap Allah S.W.T. Ibadat ini mula disyariatkan sebagai satu kefardhuan bagi umat Islam ialah pada akhir bulan Syaaban tahun kedua Hijrah dan menjadi salah satu daripada Rukun Islam. Firman Allah S.W.T. seperti yang termaktub dalam al-Quran, Surah al-Baqarah, ayat 183.

“Wahai orang-orang yang beriman.! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana di-wajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.”

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda,

Islam itu dibina di atas lima perkara (rukun), iaitu mengucap syahadah bahawa sesungguhnya tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan bahawa sesungguhnya Nabi Muhammad ialah pesurah Allah, mendirikan sembahyang, memberi zakat, berpuasa pada bulan Ramadhan dan mengerjakan haji ke Baitullah. (Hadis sahih, riwayat Bukhari, Muslim dan Ahmad)


DEFINASI PUASA

Puasa ialah perkataan bahasa Melayu yang diterjemahkan dari kata bahasa Arab “as-saum” atau “as-siyam” Dari segi bahasa ia bererti menahan diri dari sesuatu perkara. Pada pengertian syarak ia bermaksud menahan diri dari makan, minum dan lain-lain perkara yang membatalkannya mulai dari terbit fajar sadiq sehinggalah ke waktu matahari terbenam.

JENIS PUASA

Puasa terbahagi kepada empat jenis, iaitu puasa wajib, puasa sunat, puasa makruh dan puasa haram. Puasa wajib ialah puasa pada bulan Ramadhan, puasa nazar dan puasa kifarat iaitu kifarat (denda) kerana membunuh orang atau kerana bersetubuh pada siang hari di bulan Ramadhan.

Puasa sunat di antaranya ialah puasa enam hari pada bulan syawal, puasa hari Arafah iaitu pada sembilan haribulan Zulhijjah bagi orang yang tidak mengerjakan haji, puasa hari Asyurah iaitu pada sepulah haribulan Muharram, puasa pada bulan Rejab dan Shaaban, puasa pada hari Isnin dan Khamis dan lain-lain.

Puasa makruh ialah puasa yang dilakukan terus menerus sepanjang tahun kecuali pada hari-hari yang diharamkan dan puasa pada hari Jumaat sahaja. Puasa haram ialah puasa pada dua hari raya iaitu hari raya puasa dan hari raya haji dan puasa pada Tasyrik, iaitu hari kesebelas, duabelas dan tigabelas Zulhijjah dan juga pada hari syak iaitu hari yang tidak dapat dipastikan sama ada sudah masuk bulan Ramadhan atau belum.


RUKUN PUASA

Rukun puasa ada dua perkara, iaitu: Berniat puasa, Niat puasa hendaklah dilakukan pada tiap-tiap malam sebelum hari puasa. Walaupun begitu ia boleh juga dilakukan pada malam sebelum hari pertama puasa. Contoh lafaznya ialah “ aku berniat berpuasa esok hari dan hari-hari seterusnya sepanjang bulan Ramadhan, wajib atasku kerana Allah Taala”. Tetapi jika ia tertinggal puasa, ia hendaklah berniat semula selepas hari yang ditinggalkan itu. Bagaimanapun sebaik-baik niat puasa ialah dilakukan pada tiap-tiap malam semasa memulakan makan sahur.

Menahan diri daripada segala perkara yang membatalkan puasa mulai dari waktu terbit fajar (masuk waktu subuh) sehingga terbenam matahari (masuk waktu maghrib).


SYARAT WAJIB PUASA

1. Beragama Islam

2. Baligh atau sampai umur

3. Berakal sempurna

4. Berkuasa mengerjakannya


SYARAT SAH PUASA

1. Islam, Orang-orang bukan Islam tidak sah puasanya.

2. Mumaiyiz, yakni mengerti perbezaan yang baik dengan yang buruk atau yang bersih dengan yang kotor.

3. Suci daripada haid dan nifas bagi perempuan. Orang yang berhaid dan yang sedang berdarah nifas tidak sah puasa, tetapi wajib mengqadaq kan puasa yang tertinggal itu.

4. Puasa pada hari-hari yang dibenarkan sahaja. Tidak sah puasa pada dua hari raya iaitu hari raya puasa dan hari raya haji serta hari-hari tasyrik iaitu dari 11 hingga 13 haribulan Zulhijjah


PERKARA YANG MEMBATALKAN PUASA

1. Niat membatalkan puasa. Berniat untuk berbuka atau membatalkan puasa dengan sengaja dan bersungguh-sungguh boleh membatalkan puasa sekalipun ia tidak makan atau minum atau tidak melakukan sesuatu yang boleh membatalkan puasa.

2. Makan atau minum dengan sengaja. Orang yang makan, minum atau merokok dengan sedar dan sengaja batal puasanya. Sekiranya perbuatan itu dilakukan dengan tidak sengaja atau terlupa, tidak batal puasanya dengan syarat ia segera meluahkan makanan atau minuman itu apabila ia sedar bahawa ia sedang berpuasa.

3. Muntah dengan sengaja. Muntah dengan sengaja bererti muntah yang berlaku kerana perbuatan sendiri, bukan kerana keadaan seperti mabuk dan sebagainya. Jika termuntah tanpa sengaja tidaklah membatalkan puasa.

4. Bersetubuh. Orang yang melakukan persetubuhan dengan sengaja dalam masa puasa, selain terbatal puasanya, ia diwajibkan membayar kifarat (denda). Kifaratnya ialah memerdekakan seorang hamba. Jika ia tidak berupaya, ia hendaklah berpuasa dua bulan berturut-turut. Sekiranya ia tidak berupaya juga, ia hendaklah memberi makan kepada enam puluh orang miskin atas kadar sekali seorang dengan nilai yang sepatutnya. Seseorang yang serta merta menghentikan persetubuhannya sebaik sahaja terbit fajar (masuk waktu subuh), sah puasanya. Tetapi keadaan ini hendaklah dijauhi bagi mengelakan terbatalnya puasa dan terkena kifarat.

5. Keluar mani dengan sengaja. Mengeluarkan mani dengan sengaja seperti dengan tangan, menonton gambar lucah atau lain-lain yang boleh mengeluarkan mani adalah membatalkan puasa. Walaubagaimanapun, jika mani terkeluar disebabkan bermimpi atau berkhayal tidaklah membatalkan puasa.

6. Keluar darah haid atau nifas. Sekiranya seseorang perempuan datang haid atau bersalin dan keluar darah nifasnya ketika ia sedang berpuasa maka batallah puasanya.

7. Gila. Jika kegilaan itu datang pada siang hari, batallah puasanya.

8. Memasukkan sesuatu benda ke dalam rongga badan. Memasukkan sesuatu benda secara sengaja ke dalam rongga badan seperti hidung, dubur dan telinga adalah membatalkan puasa.


ORANG YANG DIHARUSKAN BERBUKA PUASA

1. Orang Sakit. Seseorang yang tidak berupaya untuk meneruskan puasa kerana sakit atau sekiranya ia berpuasa juga akan menambahkan kesakitannya atau melambatkan sembuh penyakitnya. Ia dibolehkan berbuka dan wajib menggantikannya (qada).

2. Orang yang sedang dalam perjalanan jauh. Orang yang sedang musafir atau dalam perjalanan jauh iaitu tidak kurang daripada dua marhalah kira-kira 80.640 kilometer atau 50.086 batu harus berbuka puasa. Puasa yang ditinggalkan itu wajib diqada.

3. Orang yang uzur. Orang-Orang tua yang sudah lemah, orang-orang yang lemah kerana penyakit yang tidak ada harapan untuk sembuh atau kerana semulajadinya lemah diharuskan berbuka atau tidak berpuasa langsung. Tiap-tiap hari yang ditinggalkan itu wajib dibayar fidyah, iaitu satu cupak atau ¾ liter makanan yang boleh mengenyangkan bagi sesebuah negeri berkenaan. Orang-orang ini tidak diwajibkan mengqadakan puasa yang ditinggalkan itu.

4. Orang hamil. Orang yang sedang hamil dan bimbang kalau ia berpuasa akan membahayakan dirinya, ia diharuskan berbuka, tetapi wajib diqadakan puasa yang ditinggalkan itu. Sekiranya ia bimbang akan membahayakan kandungannya seperti takut terjadi keguguran, ia harus berbuka tetapi wajib mengqadakannya serta membayar fidyah dengan secupak beras atau makanan yang mengenyangkan bagi setiap hari puasa yang ditinggalkan itu.

5. Ibu yang menyusukan anak. Orang yang menyusukan anak juga harus berbuka puasa dan mengqadakan puasa yang ditinggalkan itu kalau ia bimbang dengan berpuasa akan menyebabkan mudarat kepada dirinya. Kalau ia bimbang memberi mudarat kepada bayi yang disusuinya seperti kurang air susu atau menjejaskan kesihatan bayinya itu, maka ia diwajibkan mengqadakan puasa yang ditinggalkan itu serta membayar fidyah secupak makanan bagi setiap hari puasa yang ditinggalkannya.

6. Wanita yang haid atau nifas. Wanita yang didatangi haid atau nifas wajib berbuka puasa kerana puasanya batal. Ia wajib mengqadakan puasa yang ditinggalkan itu.

7. Orang yang pitam sepanjang hari. Orang yang pitam sepanjang hari harus berbuka puasa kerana puasanya batal. Ia wajib mengqadakan puasa yang ditinggalkan itu.

8. Orang gila. Orang gila juga harus berbuka puasa kerana puasanya batal. Ia juga wajib mengqadakan puasa yang tertinggal itu.


PERKARA YANG DISUNATKAN BAGI ORANG BERPUASA

1. Bersahur walaupun sedikit makanan atau minuman pada waktu akhir malam. Tujuannya ialah supaya menambahkan kekuatan berpuasa.

2. Menyegerakan berbuka setelah yakin matahari telah terbenam.

3. Berdoa sewaktu berbuka dan maksud doa : “Wahai Tuhanku! Kerana Engkau aku berpuasa dan dengan rezeki Engkau aku berbuka, dahaga hilang dan urat-urat telah menyedut makanan, mudah-mudahan Allah menetapkan ganjaran-Nya”

4. Berbuka dengan buah korma atau sesuatu yang manis atau dengan air.

5. Memberi makanan atau minuman kepada orang untuk berbuka puasa.

6. Memperbanyakkan amalan kebajikan seperti bersedekah dan sebagainya terhadap kaum kerabat yang lemah dan fakir miskin.

7. Memperbanyakkan membaca al-Quran dan berselawat ke atas Rasulullah s.a.w. sama ada pada waktu malam atau siang. Ibadat yang dilakukan dalam bulan Ramadhan akan diberi pahala yang berlipat ganda.

8. Menjauhkan diri daripada percakapan-percakapan yang tidak berguna dan buruk seperti mengumpat, mencela dan sebagainya. Memang telah dimaklumi bahawa perkara-perkara itu dilarang, tetapi perkara-perkara seperti itu jika dilakukan pada bulan yang mulia ini dosanya lebih besar.

9. Menyucikan diri (mandi junub) bagi orang yang berhadas besar sebelum naik fajar.


PERKARA YANG MAKRUH BAGI ORANG BERPUASA

1. Berbekam atau mengeluarkan darah penyakit melalui kulit kepala.

2. Memamah sesuatu yang tidak boleh hancur.

3. Menyedut air yang berlebihan ketika berwuduk.

4. Mengucup isteri.

5. Masih dalam keadaan berjunub semasa sudah masuk waktu subuh.

6. Memberus gigi atau berkumur-kumur selepas tergelincir matahari.


BEBERAPA MASALAH MENGENAI PUASA

Melewatkan Qada Puasa

Orang yang melewatkan qada puasanya sehingga sampai puasa berikutnya, sedang ia mampu untuk berbuat demikian, ia wajib mengqadakannya serta membayar fidyah, iaitu memberi makan fakir miskin dengan kadar satu hari secupak beras atau yang sama dengannya.

Junub Sampai Pagi Hari Puasa

Ada orang menyangka bahawa berkeadaan junub sampai terbit fajar hari puasa membatalkan puasa. Sebenarnya sangkaan tersebut tidak benar. Tetapi sebaik-baiknya (sunat) orang yang berjunub segera mandi sebelum terbit fajar, kerana dikhuatiri terjadi hal yang membatalkan puasa.

Menggantikan Puasa Orang Lain

Orang yang meninggalkan puasa Ramadhan dengan sebab uzur, kemudian ia meninggal dunia sebelum sempat mengqadanya, umpamanya uzur yang terus menerus sampai mati, ia tidak berdosa. Puasa yang ditinggalkan itu tidak wajib diqada dan tidak pula wajib fidyah. Sekiranya ia meninggal dunia sesudah ada kemungkinan untuk mengqada, tetapi tidak dilakukannya, keluarganya wajib mengqada puasa yang ditinggalkan itu. Hal ini berdasarkan hadis dari Aisyah r.a. yang bermaksud..

“Rasulullah s.a.w. bersabda ; Sesiapa yang mati dan meninggalkan kewajipan puasanya, hendaklah walinya berpuasa untuk menggantikannya” (Riwayat Bukhari & Muslim)

Makan Kerana Lupa Atau Dipaksa

Orang yang termakan pada siang hari puasa atau menyangka belum naik fajar atau menyangka matahari telah terbenam, puasanya tetap sah dengan syarat ia hendaklah terus berhenti dan meluahkannya sebaik sahaja ia sedar. Demikian juga orang yang dipaksa makan.

Mimpi Berjimak Dan Keluar Mani

Orang yang bermimpi berjimak semasa ia tidur di siang hari, tidak batal puasanya. Demikian juga jika air maninya keluar kerana mengkhayalkan persetubuhan, tidak batal juga puasanya.

Mandi Atau Menyelam Kerana Panas

Orang yang mandi atau menyelam kerana kesangatan panas, tidak merosakkan puasanya.

Merasa Makanan

Merasa makanan dengan lidah dan tidak ditelan tidak membatalkan puasa.



DENDA-DENDA BAGI ORANG YANG TIDAK PUASA

Terdapat empat jenis denda yang dikenakan kepada orang-orang yang tidak berpuasa Ramadhan.

1. Kifarat berserta qada

2. Fidyah berserta qada

3. Fidyah

4. Qada


Kifarah Berserta Qada

Denda ini dikenakan kepada orang lelaki yang membatalkan puasanya melalui persetubuhan. Persetubuhan yang dimaksudkan ialah dengan memasukkan kemaluannya melepasi had tertentu (hasyafah) ke dalam faraj (qubul atau dubur) sama ada manusia atau haiwan, yang masih hidup atau telah mati, lelaki atau perempuan sekalipun tidak keluar mani. Walaubagaimanapun, persetubuhan orang-orang yang berpuasa seperti berikut hanya diwajibkan qada tanpa kifarat, iaitu :

1 Orang yang bersetubuh dengan memasukkan kemaluan ke dalam faraj sekadar belum sampai had yang ditentukan.

2 Orang yang disetubuhi.

3 Orang yang bersetubuh dalam keadaan lupa atau tidak sedar.

4 Orang yang tidak tahu batalnya puasa dengan kelakuan tersebut.

5 Kanak-kanak yang belum baligh.

6 Orang-orang yang berpuasa tanpa niat.

7 Orang-orang dalam musafir.

8 Orang sakit, dengan harapan persetubuhan itu akan menyembuhkan sakitnya.

9 Orang yang yakin ketika persetubuhannya itu masih malam hari, atau yakin masuk waktu malam sedangkan sebenarnya masih siang.

10 Orang yang berpuasa selain dari puasa Ramadhan seperti puasa nazar, puasa kifarat dan puasa qada sekalipun qada bagi puasa Ramadhan.

Kifarah puasa ada tiga peringkat. Pertamanya ialah memerdekakan seorang hamba yang beragama Islam, sempurna sifat dan tubuh badannya. Jika tidak mampu, hendaklah berpuasa dua bulan berturut-turut. Sekiranya terputus walaupun sehari, hendaklah diulangi puasanya semula. Jika tidak berupaya juga, hendaklah memberi makan fakir miskin seramai 60 orang dengan kadar secupak seorang. Kifarat puasa wajib ditunaikan, tetapi kewajipan tersebut terhapus sekiranya seseorang itu gila atau mati.


Fidyah Berserta Qada

Denda ini dikenakan kepada tiga golongan, iaitu orang yang melengah-lengaahkan qada puasa wajib tanpa apa-apa keuzuran sehingga masuk bulan Ramadhan pada tahun berikutnya dan orang-orang perempuan hamil atau sedang menyusukan anak yang bimbang tentang keselamatan bayi atau anaknya sekiranya ia berpuasa. Kadar fidyah ialah secupak makanan bagi setiap hari puasa yang ditinggalkan. Di samping fidyah itu, puasa yang ditinggalkan itu wajib diqada.


Fidyah

Fidyah dikenakan kepada orang yang meninggalkan puasa-puasa wajib seperti puasa Ramadhan (seperti yang telah diterangkan) atau puasa nazar, puasa kifarat orang yang mati tanpa sebarang sakit atau uzur sebelum sempat mengqadakannya. Bagi orang yang telah mati itu menjadi kewajipan kepada keluarganya terutama walinya untuk membayar fidyah bagi simati sebanyak satu cupak makanan bagi tiap-tiap satu hari puasa yang ditinggalkan.


Qada

Qada ialah mengulangi berpuasa kerana menggantikan puasa Ramadhan yang ditinggalkan oleh sebab-sebab tertentu. Puasa qada boleh ditunaikan oleh orang lain dengan syarat orang yang berkenaan telah meninggal dunia dan tidak sempat mengqadakan puasanya sedang dia berkemungkinan mengqadakannya. Oleh yang demikian hendaklah diqadakan oleh keluarganya.



HIKMAH PUASA

1. Melahirkan kesyukuran terhadap Allah. Semua ibadat yang difardhukan mempunyai erti terima kasih kepada Allah s.w.t. kerana Allah s.w.t. telah melimpahkan berbagai nikmat yang tidak terbatas banyaknya kepada manusia. Sebagai tanda terima kasih itulah maka manusia, khususnya yang beragama Islam sewajibnya melaksanakan kefardhuan-kefardhuan yang telah ditentukan.

2. Puasa dapat membentuk seseorang itu menjadi penyabar, tabah menanggung kesusahan dan penderitaan. Di dalam kehidupan manusia didunia ini, kesusahan dan penderitaan adalah perkara lumrah yang lazimnya ditempuhi oleh setiap orang. Orang-orang yang memiliki sifat sabar akan mudah menguruskan soal-soal kehidupannya dengan matang dan teratur. Selain mendapat faedah untuk diri sendiri, orang-orang yang memiliki sifat sabar akan dikasihi Allah.

3. Puasa juga dapat melatih seseorang itu mengawal nafsu buas dan ammarah yang suka melakukan kejahatan. Melalui puasa seseorang itu dapat membentuk personalitinya menjadi seorang yang baik dan dihormati.

4. Puasa dapat menghindar seseorang itu daripada bersikap tamak, gelojoh dan mementingkan diri sendiri. Sifat-sifat tersebut amat dikeji dan membawa kepada kerugian dan keburukan.

5. Puasa dapat membentuk seseorang itu menjadi seorang yang amanah di dalam amal kehidupannya sehari-hari. Ini berlaku kerana seseorang yang berpuasa akan patuh kepada peraturan-peraturan puasa yang telah ditetapkan seperti menahan makan, minum dan lain-lain. Ia tidak akan melakukan semua itu sama ada di hadapan orang atau secara sembunyi. Latihan sebegini sudah tentu membentuknya menjadi seorang yang amanah.

6. Puasa dapat menanam rasa belas kesihan terhadap seseorang yang dalam kesusahan atau kemiskinan. Seseorang yang telah merasa sakit dan pedih kerana berlapar, akan dapat mengukur kesusahan dan penderitaan yang dialami oleh orang-orang fakir dan miskin. Oleh itu orang-orang fakir dan miskin, yang hidup melarat akan sentiasa ditolong bantu oleh orang yang berada. Kesedaran dan keadaan ini akan melahirkan keadilan dan kesejahteraan dalam kehidupan bermasyarakat.

7. Puasa memberi kesan yang baik kepada kesihatan tubuh badan. Ahli-ahli perubatan pada keseluruhannya telah mengakui bahawa puasa memberi kesan yang baik terhadap sesetengah penyakit. Para doktor juga berpendapat bahawa setiap manusia perlu sekali sekala berpuasa sekalipun ia tidak berpenyakit.

8. Puasa dapat mengujudkan perpaduan di kalangan umat. Apabila tibanya bulan Ramadhan, setiap umat Islam menyedari bahawa semua umat Islam di dunia ini akan berpuasa. Umat Islam diseluruh pelusuk dunia ini mengamalkan ibadat yang serupa sepertinya juga. Keadaan in sudah tentu mencetuskan dihati sanubarinya dengan rasa kesatuan dan kesamaan. Dengan ini terjalinlah rasa muhibah, kasih sayang, persaudaraan dan ingin tolong menolong antara satu dengan lain.

9. Sebagai kemuncaknya, puasa dapat membentuk seseorang itu menjadi muslim mukmin yang bertaqwa kepada Allah s.w.t. Kemuncak ini akan dapat dicapai apabila seseorang itu benar-benar tekun dan ikhlas menjalani ibadat puasa ini tanpa ada tujuan yang lain selain semata-mata kerana Allah s.w.t.



SEMBAHYANG TARAWIH

Sembahyang Tarawih ialah sembahyang sunat yang dikhususkan penunaiannya pada bulan Ramadhan sahaja. Para ulama terdahulu membaca al-Quran dari awal hingga akhir di dalam sembahyang Tarawih. Setiap malam dibacanya sekadar yang termampu sampai mereka khatamkan al-Quran itu pada malam terakhir Ramadhan.

Sesiapa yang tidak berpeluang untuk mengikuti jejak langkah para ulama salaf itu, janganlah pula sampai terlalu meringan-ringankan ibadat ini kerana ganjaran dan faedahnya sangat besar. Ibadat ini kerana ganjaran dan faedahnya sangat besar. Ibadat ini hendaklah dilakukan dengan sempurna, sama seperti sembahyang-sembahyang yang lain di mana mesti ditunaikan dengan baik berdirinya, bacaannya, rukuk dan sujudnya, khusyu’ dan tawaduknya dan juga terhadap semua rukun-rukun yang lain serta tertib-tertibnya.


IKTIKAF

Iktikaf ialah ibadat sunat yang dituntut oleh Islam. Iktikaf ialah berdiam atau berhenti di dalam masjid. Ia boleh dilakukan pada bila-bila masa dan sangat digalakkan diamalkan pada bulan Ramadhan terutamanya pada sepuluh malam terakhir.

Iktikaf mempunyai empat rukun

1. Niat. Kalau iktikaf yang dinazarkan wajib berniat fardhu supaya berbeza dengan yang sunat.

2. Hendaklah dilakukan di dalam masjid. Tidak sah iktikaf di tempat lain selain dari masjid sekalipun tempat itu dijadikan tempat sembahyang jamaah seperti balai, madrasah atau surau.

3. Kadar diam atau berhenti ialah melebihi kadar tama’ninah.

4. Orang yang mengerjakan iktikaf itu mestilah Islam, berakal dan suci daripada hadas.

Perkara-perkara yang boleh memutuskan iktikaf ialah murtad, iaitu keluar dari Islam, mabuk atau hilang akal dan keluar haid atau nifas. Iktikaf menjadi batal apabila seseorang itu bersetubuh atau keluar dari masjid.


KEUTAMAAN SEPULUH HARI TERAKHIR DAN LAILATUL QADAR

Nabi Muhammad s.s.w. menggandakan amal dalam bulan Ramadhan lebih daripada bulan-bulan lain. Dalam bulan Ramadhan pula baginda lebih rajin beramal dalam masa sepuluh hari terakhir daripada keseluruhan bulan itu. Nyatalah tempoh tersebut mempunyai keutamaan dan fadhilatnya.

Para ulama berkata kemungkinan Lailatul Qadar berlaku pada malam-malam yang ganjil dari sepuluh hari terakhir Ramadhan. Nabi Muhammad s.a.w. telah menganjurkan umat Islam supaya mencari malam Qadar tersebut, kerana orang yang beramal pada malam itu sangat besar ganjarannya dan diumpamakan sebagai lebih utama daripada seribu bulan, tidak kira sama ada ia mengetahui malam Qadar itu ataupun tidak.

Oleh itu setiap mukmin mestilah menyediakan dirinya untuk mencari malam tersebut bermula dari awal bulan lagi. Tidak bermakna hanya mencari-cari satu malam itu sahaja baru mahu beramal. Umat Islam sewajarnya memperbanyakkan amalan pada tiap-tiap malam pada bulan Ramadhan ganjarannya berlipat ganda jika dibandingkan dengan amalan pada bulan-bulan lain. Selain daripada itu amalan yang dilakukan setiap malam itu sudah pasti akan menemui satu malam yang dicari-cari itu.

Para ulama mempunyai pendapat masing-masing mengenai malam Qadar ini. Mengikut Imam Ghazali, malam ini boleh dikenali seperti berikut :

1. Jika awal Ramadhan jatuh pada hari Ahad atau hari Rabu, maka Lailatul Qadarnya pada malam 29hb. Ramadhan.


2. Jika awal Ramadhan jatuh pada hari Isnin, maka Lailatul Qadarnya pada malam 21hb. Ramadhan.


3. Jika awal Ramadhan jatuh pada hari Selasa atau Jumaat, maka Lailatul Qadarnya pada malam 27hb. Ramadhan.


4. Jika awal Ramadhan jatuh pada hari Khamis, maka Lailatul Qadarnya pada malam 25hb. Ramadhan.


5. Jika awal Ramadhan jatuh pada hari Sabtu, maka Lailatul Qadarnya pada malam 23hb. Ramadhan.


Selain daripada tanda-tanda itu, Lailatul Qadar juga boleh dikenali dengan tanda-tanda lain seperti malam itu langitnya kelihatan suci bersih, bulannya bercahaya segar, terang benderang, udaranya nyaman, tidak sejuk tidak panas, manakala matahari diwaktu pagi memancarkan cahaya yang seimbang seperti cahaya bulan purnama. Sungguhpun panduan dan gambaran telah diberikan oleh para ulama, namun tarikh atau bila berlakunya Lailatul Qadar itu adalah sukar dipastikan. Inilah rahsianya supaya umat Islam bersungguh-sungguh beramal ikhlas kerana Allah s.w.t. mudah-mudahan akan memperolehi faedah malam yang berharga itu.


FIRMAN ALLAH

“Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembahKu, Aku tidak sekali-kali mengkehendaki rezeki sedikit pun dari mereka dan Aku tidak mengkehendaki supaya mereka memberi Aku makan, sesungguhnya Allah, Dialah yang maha pemberi rezeki yang mempunyai kekuatan lagi sangat kukuh” (Adz-Dzaariyaat : 56-58)


“Dan jiwa serta penyempurnaannya (penciptaannya) maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu jalan kefasikan dan ketakwaannya, sesungguhnya beruntunglah orang yang menyucikan jiwa itu dengan sesungguhnya rugilah orang yang mengotorkannya” (Asy-Syams : 7 – 10)


“Tiap-tiap orang terikat dengan apa yang dikerjakannya” (Al-Muddatstsir : 38)


“Maka apakah kamu mengira bahawa sesungguhnya Kami menciptakan kamu untuk bermain-main (sahaja) dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami, maka Maha Suci Allah raja yang sebenarnya tiada Tuhan selain Dia, Tuhan (yang mempunyai) arasy yang mulia” (AL-Mukminun : 115-116)


“Barang siapa yang taat kepada Allah dan Rasul-Nya dan takut kepada Allah dan bertakwa kepada-Nya maka mereka adalah orang-orang yang mendapat kemenangan” (An-Nuur : 52)




Sabda Rasulullah s.a.w.

“Berfikirlah tentang kejadian ciptaan Allah dan jangan kamu berfikir tentang zat Allah kerana kamu tidak dapat mentakdirkan (menentukan zat) Allah sebenarnya”



PENUTUP

Demikianlah dibentangkan secara ringkas mengenai ibadat puasa yang menjadi salah satu kewajipan umat Islam. Semoga ianya dapat memberi panduan kepada kita dalam menjalani ibadat puasa ini. Semua urusan manusia dan alam dunia ini adalah terserah kepada Allah s.w.t., maka sama-samalah kita beribadat kepada-Nya dengan bersungguh-sungguh dan sebaik mungkin. Tiada tuhan yang disembah melainkan Allah, kepada-Nyalah kita berserah dan kepada-Nya juga kembalinya segala perkara. Amin Ya Rabbal Alamin………………….. Tekan Like, ok ;)
Related Posts with Thumbnails